Dr Noor Hisham bimbang tsunami COVID-19 di Malaysia

Datuk Dr Nor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR-Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Nor Hisham Abdullah menzahirkan kembimbangan terhadap tsunami COVID-19 di Malaysia ekoran peningkatan jangkitan wabak itu diluar negara.

Kebimbangan beliau itu disertakan dengan perangkaan gelombang kedua COVID-19 di Austaralia, Hong Kong dan Jepun di Facebooknya hari ini.

Justeru beliau menasihati rakyat Malaysia untuk selalu patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak kerajaan.

“Marilah kita belajar daripada negara-negara lain supaya kita dapat mencegah daripada dilanda gelombang tsunami Covid-19 yang lebih dahsyat lagi.

“Inilah kebimbangan saya dan saya menyeru Rakyat Malaysia untuk patuh kepada penjarakan selamat, kerap cuci tangan dan pakai pelitup muka,”katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu kurangkan berada di tempat awam bagi elakkan risiko dijangkiti dan tempat yang selamat ialah berada di rumah.

“Kurangkan berada di tempat awam dan duduk di rumah lebih selamat. Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita. Kita jaga masyarakat dan negara kita,”katanya.

Perkembangan terbaru COVID-19 setakat hari ini( 1 Ogos) menyaksikan seramai 135 telah disaring.

Perangkaan COVID-19 di Austaralia, Hong Kong dan Jepun

Daripada jumlah itu, 10 kes dikesan positif COVID-19 dan 124 negatif dan satu masih menunggu keputusan.

Empat daripada 10 kes yang positif bukan warganegara Malaysia.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.