Setelah enam hari bertempur, pejuang Patani syahid

Tiga pemuda Patani syahid selepas enam hari bertempur dengan tentera dan polis Thailand

PATANI-Setelah enam hari bertempur dengan tentera dan polis Thailand, tiga anggota kumpulan pejuang pembebasan Patani akhirnya mati syahid.

Ketiga-tiga yang syahid dikenali sebagaiĀ  Ismail Jalek, Tuan Adel Manik dan Robi Wan Samael.

Mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa Thailand pada pagi semalam ( 1 Ogos 2024).

Pertempuran di Kampung Gelong Gajah Mukim Naket Daerah Khokpho bermula 27 Julai lalu membawa kepada seorang askar Thailand maut manakala beberapa lain cedera.

Thailand yang mengerahkan ratusan tentera dan polis mengepung kawasan pertempuran sejak hari pertama dengan melancarkan serangan dari udara dan darat.

Maklumat lain menyatakan ribuan tentera dan polis Thailand terlibat dalam operasi berdepan dengan hanya tiga anggota kumpulan pejuang pembebasan Patani.

Pasukan tentera turut menggunakan jentera berat untuk menolak kebun dan menebang pokok getah bertujuan mencari tiga pejuang tersebut.

Bagaimapun pihak berkuasa gagal menawan tiga pejuang yang memaksa tentera meminta untuk berunding dengan kumpulan pejuang berkenaan.

Permintaan itu tidak diendahkan dengan tiga pemuda berkenaan berperang hingga syahid.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.