4 hari bertempur, tentera Thailand minta runding dengan kumpulan pejuang Patani

Tentera Thailand mengalami parah dan maut dalam empat pertempuran sengit dengan kumpulan pejuang pembebasan Patani

PATANI-Pertempuran sengit kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) dengan pihak tentera dan polis Thailand di Kampung Gelong Gajah Mukim Nat Daerah Khokpho masuk hari keempat hari ini ( 30 Julai 2024).

Kesukaran tentera dan polis kerajaan menawan kumpulan berkenaan membawa kepada pengepungan sejak hari pertama pertempuran.

Pihak berkuasa memastikan tiada sebarang makanan atau alatan termasuk senjata dan peluru dibawa masuk ke kawasan pertempuran bagi melemahkan lawan mereka.

Jurucakap bagi pasukan tentera dan polis Siam, Kolonel Aekwarit Chupchupong berkata, pihaknya akan terus mengadakan sekatan dan pengepungan ke atas pasukan kumpulan pejuang pembebasan Patani di kawasan tersebut.

Sementara itu, pihak tentera Thailand memaklumkan mereka bersedia untuk berunding dengan kumpulan berkenaan dengan syarat mereka menyerah diri.

Askar dan polis Siam dengan bantuan pasukan sukarelawan berkuatan ratusan anggota telah melakukan operasi di kampung berkenaan pada 27 Julai lalu yang membawa kepada pertempuran sengit dengan kumpulan pejuang pembebasan Patani.

Salah seorang askar Thailand dikenali sebagai Thanasak Buakhao terbunuh dalam operasi itu selepas terpijak bom yang ditanam pasukan pejuang dalam kejadian 28 Julai 2024 pada jam 4.20 pagi.

Maklumat lain menyatakan tiga anggota tentera Thailand cedera dan seorang parah pada hari pertama pertempuran manakala masih ada yang belum maut di pihak BRN.

Hingga malam ini (30 Julai 2024) pertempuran antara kedua-dua pihak masih berlangsung sengit.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.