Malaysia, Rusia jalin ketenteraan bersama

Ismail menerima kunjungan Duta Besar Rusia di Malaysia TYT Mr. Naiyl M. Latypov

KUALA LUMPUR- Malaysia memperhebatkan kerjasama ketenteraan melalui kerjasama erat dengan Rusia.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Ismail Sabri, berkata demikian selepas menerima kunjung hormat Duta Besar Rusia di Malaysia Encik Naiyl M. Latypov dan delegasi, semalam.

“Kami membincangkan mengenai memperkukuhkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara terutamanya latihan ketenteraan.

“Menghantar anggota tentera ke akademi tentera di Rusia serta kerjasama di dalam industri pertahanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod hubungan kedua-dua negara, Rusia mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur sejak April 1968 dan Malaysia mewujudkan kedutaan di Moscow pada November 1968.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.