Selepas tewas kepada Indonesia, giliran Australia belasah Malaysia

HO CHI MINH CITY- Malaysia ditunjukkan jalan keluar dalam kejohanan AFF HDBank Futsal Championship 2019 apabila dibelasah Australia 6-4, malam ini.

Perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Phu Tho itu menyaksikan Malaysia dibolosi lima gol pada separuh pertama.

Skuad negara pula memperolehi satu gol hasil jaringan sendiri pemain lawan, G.Giovenali pada minit ke-20.

Malaysia cuba mempamerkan kebangkitan pada separuh masa kedua namun gagal menghalang Australia sekaligus gagal untuk mara ke separuh akhir.

Skuad futsal negara yang tewas 3-2 kepada Indonesia 3-2 pada perlawanan pertama akan melengkapkan jadual menentang tuan rumah Vietnam.

Rentas7.com/Photo: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.