Ayah mengantuk, dua anak jadi yatim piatu sekelip mata

BANDAR LAMPUNG, INDONESIA- Sepasang suami isteri bersama seorang anak dan saudara mereka maut setelah kereta dinaiki terbabit kemalangan dan terbakar, hari ini.

Kejadian pada pagi berlaku di Jalan Tol Sumatra ruas Bakauheni- Terbanggi Besar, Kilometer 96, di Desa Candimas, Natar, Lampung Selatan.

Dalam kejadian itu, dua lagi anak kecil kepada pasangan terbabit cedera.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis pernikahan ahli keluarga di Kotabumi, Lampung Utara yang diadakan semalam.

Mangsa maut adalah pemandu, Hadi Prayitni,40, (ayah) Elisabet Yoni,37, (ibu), Mikail,7, (anak kedua) dan Kris,43 (saudara)

Dua anak perempuan mangsa Vania,9, Dan Pricillia Saronka,2, dilaporkan selamat dan dirawat di RS Mardi Waluyo, Kota Metro manakala mangsa meninggal dunia di bawa ke Jabatan Forensik RS Bhayangkara Polda Lampung.

Waris mangsa menunggu di jabatan forensik

Ketua Polis Lampung Selatan, AKBP M Syarhan berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Honda Civic dipandu dalam keadaan mengantuk.

Menurutnya, kenderaan dinaiki itu dipandu dengan laju sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori hingga menyebabkan kereta tersebut terbakar.

“Mangsa yang meninggal dunia sudah dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Polda Lampung untuk dilakukan identifikasi,”katanya kepada Kompas, hari ini.

Sementara itu, anak saudara salah seorang mangsa, Sindi,19, berkata, bapa saudaranya (Hadi) dan isterinya pulang menghadiri majlis pernikahan keluarga pada Subuh hari ini.

Rentas7.com, Photo: Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.