Pertempuran hutan Jelor: Aksi militer berat sebelah

Tentera Thailand terpaksa dikerahkan dalam jumlah yang sangat besar

PATANI – Aksi militer terbaru di antara kumpulan pejuang kemerdekaan Patani dengan tentera Thailand berakhir dengan lapan terkorban.

Dua di pihak tentera Thailand dan enam yang syahid adalah Melayu Patani.

Meskipun media kerajaan menghebohkan ia pertempuran melawan pemisah, tapi ungkapan paling tepat bagi pertempuran itu adalah: tentera vs orang kampung.

Ia satu pertempuran yang penuh tidak ketidakadilan dalam etika peperangan, Thailand sewajarnya malu dengan apa yang telah mereka lakukan dalam operasi kali ini.

Memetik media tempatan, tentera mengambil masa selama enam hari untuk mengepung kawasan hutan Jelor Wilayah Narathiwat diduduki kumpulan pejuang.

Pengepungan bermula 28 September lalu jam 11.20 waktu tempatan. Satu tempoh yang lama meskipun apa yang mereka tentang hanya sebuah kumpulan kecil.

Operasi berkenaan nyata tidak mudah bagi pasukan keselamatan Thailand walaupun mereka dilengkapi aset dan senjata serba moden.

Difahamkan, tentera menggunakan apa sahaja yang ada dalam operasi itu atau lebih tepat dalam pembantaian kumpulan disiytiharkan kerajaan sebagai militan.

Puluhan buah kereta (pikap), motosikal termasuk beberapa buah helikopter digunakan untuk memburu enam lelaki yang dianggap cukup berbahaya bagi keselamatan negara.

Beberapa buah jentera berat turut digunakan untuk mencerahkan hutan; sampai begitu sekali tindakan terpaksa digunakan militer Thai untuk menjejaki enam pemuda kampung.

Tidak cukup dengan itu, ratusan tentera digerakkan bagi menghapuskan semua suspek.

Daripada segi kelengkapan, aksi militer tercetus selama enam hari itu ibarat langit dengan bumi-aksi berat sebelah.

Secara tepatnya lagi, operasi berskala besar itu menggambarkan ketakutan Thailand dalam berdepan kumpulan yang dianggotai anak watan bumi Patani.

Itupun, hanya selepas masuk hari keenam barulah enam kumpulan pejuang yang bertahan tanpa peluru makanan dan ubat-ubatan yang cukup dapat ditumbangkan.

Selama enam hari itu, keenam-enam lelaki itu dipaksa bertahan dengan panas dan hujan serta lapar yang amat sangat.

Kerinduan kepada keluarga turut menerawang dalam minda, tetapi atas tuntutan perjuangan, tubuh mereka rela disyahidkan.

Operasi skala besar menghadapi hanya beberapa orang pemuda Patani berhati waja itu bukan kali pertama dilakukan; setelah kerajaan Thailand gagal mengimbangi konflik Patani sejak 2004.

Sejarah merekodkan, Patani Darussalam adalah kerajaan yang mempunyai kedaulatan dan kemerdekaan sendiri.

Tetapi dipaksa menjadi Siam Patani dicantum ke dalam Thai secara rasmi pada 1909 melalui perjanjian Bristish-Siam.

RENTAS7

 

 

 

 

 

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.