Terima kasih cikgu, jasamu dikenang sepanjang hayat

Muhammad Sanusi mencium tangan bekas gurunya

ALOR SETAR– Sekeping gambar sudah cukup untuk menceritakan akhlak, perihal dan penampilan sebenar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Md Nor terhadap orang yang lebih tua atau pernah berjasa kepadanya termasuk bekas gurunya.

Meskipun telah berada di puncak sebagai Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi tetap merendahkan diri dengan mencium tangan Cikgu Mohd Asri Ahmad ketika bertemu dalam satu program di Universiti Utara Malaysia (UUM) pagi tadi.

Menurut Sanusi di Facebook, Cikgu Asri sebelum ini mengajar Matematik Moden di Sekolah Menengah Sik dan kini telah menjawat jawatan sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kecil Kuala Muda.

Rata-rata netizen memuji sikap menghormati guru ditunjukkan Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri.

Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.