Remaja wanita sedih, tertekan gambar dicuri Sugarbook

Adik Aisyah membuat laporan polis selepas aplikasi Sugarbook mencuri gambarnya

ALOR SETAR-Seorang remaja perempuan terkejut, sedih dan tertekan apabila wajahnya digunakan dalam paparan aplikasi ‘janji temu’ Sugarbook tanpa kebenaran.

Susulan itu, wanita dikenali sebagai Adik Aisyah,19, itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Sarang Semut dengan ditemani Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan.

“Adik balqis, sekarang merasa sedih dan depresi apabila masyarakat mencemuh dan menghina beliau kerana salah sangka bahawa dia menjadi sugar baby.

“Bayangkan kalau adik muslimah ini anak tuan-puan.Dimalukan, diaibkan dan dihina satu Malaysia seolah-olah perempuan jalang,”tulis PU Rahmat di Facebooknya hari ini.

Gambar dan maklumat remaja ini disalah guna aplikasi berkenaan

PU Rahmat berkata, beliau menuntut pengasas Sugarbook itu dikenakan hukuman.

“Alhamdulillah saya (PU Rahmat) telah mengajak ayah dan adik balqis membuat laporan polis agar tindakan undang-undang dikenakan kepada Pengasas Sugarbook yang durjana ini,”katanya.

PU Rahmat berkata, beliau meminta bantuan ramai untuk sebarkan statusnya berkaitan perkara berkenaan bagi membersihkan nama mangsa.

“Kita Sebarkan status ini untuk membersihkan nama adik muslimah ini. Kedua, memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar mengenakan tindakan undang-undang kepada Pemilik Sugarbook.

“Ketiga, Sign Petition ini agar NGO kami ( Al Azhar Care ) dapat membawa suara semua orang kepada Pihak Berwajib.

https://community.sumofus.org/petition/1faeba9f-7093-4419-ba6f-47ebf69a1d39/?source .

“Keempat, memaksa Sugarbook memohon maaf secara terbuka kerana telah mencalar maruah seorang wanita dan seorang muslimah,”katanya.

Beliau berkata, beliau juga meminta jasa baik netizen memberikan membrikan komen yang memberi semangat agar adik Balqis supaya kekal positif dan emosinya stabil setelah tercalar kerana fitnah dan aib daripada sugarbook yang durjana.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.