Remaja jadi mangsa tembak di Patani

Mayat mangsa dihantar ke hospital kerajaan

PATANI– Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut ditembak dalam satu insiden di kawasan Sidek Tempat 2 Mukim Sadawa Daerah Yakrang semalam.

Media tempatan melaporkan mangsa dikenali, Muhammad Lukman Uma ditembak individu tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta.

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Mayat mangsa dihantar ke sebuah hospital bagi tindakan lanjut.

Konflik berdarah selatan Thailand telah meragut lebih 6500 nyawa tidak berdosa sejak tahun 2004.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.