Padah redah banjir, tiga sekeluarga terperangkap

Tiga mangsa berkenaan menyelamatkan diri di atas bumbung kereta

CHUKAI– Kereta dinaiki hanyut selepas kenderaan dinaiki meredah banjir di laluan telah yang telah ditutup, pagi tadi.

Situasi getir itu dihadapi tiga sekeluarga apabila kereta pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap di bawah jambatan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Ketiga-tiga individu itu bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri di atas bumbung kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian jam 10.30 pagi itu melibatkan seorang lelaki dan dua perempuan berusia 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, mereka datang dari Kuantan Pahang menghala ke Mak Langgam

“Kenderaan jenis Ford Ranger 4×40 dinaiki mereka meredah banjir walaupun jalan telah ditutup kepada semua kenderaan.

“Akibat tindakan itu menyebabkan kereta mangsa rosak dan tenggelam di dalam air berkenaan,”katanya yang dipetik daripada laporan media.

Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa diselamatkan anggota polis dan bomba yang datang tidak lama kemudian.

Rentas7.com/ Foto: Info Bencana Terengganu

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.