Ribuan rakyat Thailand tinggalkan Malaysia malam ini

RANTAU PANJANG- Ribuan rakyat Thailand berpusu-pusu keluar dari Malaysia menerusi Kompleks Imigresen Rantau Panjang- Sungai Golok malam ini.

Keadaan itu menimbulkan kesesakan luar biasa di pintu sempadan kedua-dua buah negara.

Rakyat Thailand meninggalkan negara ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Malaysia mulai 18 sehingga 31 Mac bagi mengekang wabak COVID-19.

Orang ramai bersesak-sesak untuk cop dokumen pengenalan diri

Setakat ini Malaysia mencatat kes positif COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara dengan 673 kes.

Dua kematian akibat wabak itu direkod negara ini siang tadi.

Rentas7.com/ Foto: Rakyat Thai

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.