Malaysia atasi Turkmenistan 1-0

Skuad negara terpaksa berhempas pulas mengatasi skuad pelawat sebelum menang 1-0

 

KUALA LUMPUR -Malaysia mencipta kemenangan 1-0 mengatasi Turkmenistan dalam perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim Johor sebentar tadi.

Skuad negara memperolehi gol sulung menerusi jaringan pemain lincah Akhyar Rashid pada minit ke-28 selepas menerima hantaran panjang Corbin Ong dari kawasan pertahanan.

Anak buah bimbingan Kim Pan-gon dalam persediaan menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadualkan pada awal tahun depan.

Malaysia mempunyai banyak peluang menambah jaringan namun gagal disudahkan dengan baik.

Turkmenistan yang ditekan pada separuh masa kedua berjaya memberikan tentangan sengit pada separuh masa kedua tetapi dua percubaan jarak jauh yang hampir memberikan gol kepada pelawat diselamatkan penjaga gol negara, Syihan Hazmi.

Pada aksi kali ini Pan-gon menyeneraikan beberapa muka baru antaranya Paulo Josue, Endrick Dos Santos, Nooa Laine, Feroz Baharudin.

RENTAS7/ FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.