Ke mana penyokong UMNO? kehadiran merosot selepas bersama PH

BALING -Gabungan penyokong PH-BN pada penamaan calon di Baling pagi tadi masih belum dapat menghadirkan rasa gerun kepada Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya jumlah penyokong gabungan kompenan bersama DAP itu masih jauh jika dibandingkan dengan kehadiran penyokong lawan.

Situasi serupa dilaporkan berlaku di seluruh pusat pencalonan di Kedah di mana lebih ramai penyokong PN berbanding PH -BN.

Seperti musim pilihan raya lalu, kawasan penyokong akan diasingkan mengikut jumlah parti bertanding.

Penyokong PN berhimpun di padang Stadium Mini Baling bagi mendengar ceramah daripada calon selepas selesai proses penamaan calon

Pihak berkuasa akan mengasingkan kawasan penyokong kepada empat tempat sekiranya PAS, PH, BN dan bebas bertanding.

Namun selepas PH dan BN telah bersama, gabungan itu belum mampu menandingi jumlah penyokong lawan.

Ia menimbulkan persoalan apakah ramai ahli UMNO memprotes keputusan kepimpinan mereka bergabung dengan DAP dan PKR yang dilaungkan sebagai musuh selama ini.

Tinjauan RENTAS7 di Baling mendapati hanya 100 lebih penyokong BN dan PH yang hadir manakala lebih 3000 kedatangan penyokong PAS dan Bersatu yang bernaung dibawah PN.

Suasana awal ini sebenarnya sudah dapat dijangka berikutan gelombang PN di seluruh negara sejak pilihanraya Parlimen tahun lalu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.