Evolusi RENTAS7

KUALA LUMPUR -RENTAS7 sedang dalam proses evolusi ke arah media alternatif lebih berdaya saing menjelang tahun 2023.

Pengurusan RENTAS7 dalam satu kenyataan berkata, RENTAS7 kekal sebagai media alternatif kepada rakyat dalam mendapatkan maklumat merangkumi pelbagai aspek.

“Pihak RENTAS7 sedang melakukan revolusi pengurusan dan media.

“Kita mahu menjadi media yang lebih agresif bertunjang kebenaran serta neutral menjelang tahun depan,”katanya hari ini.

Menurutnya, seiring dengan perkembangan itu, RENTAS7 akan meningkatkan kuantiti dan kualiti bahan bacaan.

“Gaya bacaan lebih segar akan diterapkan dalam masa terdekat tetapi masih mengikut konsep berita yang tepat,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.