Piala Asia Uzbekistan, Malaysia mampu pergi jauh

Kempen sertai DAP

KUALA LUMPUR– Malaysia diundi dalam Kumpulan D bagi Kejohanan Bawah 19 Tahun ( B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia 2020 di Uzbekistan.

Hasil undian yang dibahagikan empat kumpulan, Malaysia diletakkan bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Di atas kertas, skuad kebangsaan lebih bernasib baik berbanding empat lagi wakil Asia Tenggara yang diundi dalam kumpulan lebih mencabar.

Malaysia diundi bersama Qatar, Takistan dan Yaman.

Qatar dilihat halangan terbesar Malaysia bagi kumpulan ini, namun jurang pasukan bawah umur negara itu dengan pasukan Asia Tenggara tidak terlalu besar.

Pada aksi kelayakan peringkat kumpulan Piala Asia B-19 2018 di Indonesia, tuan rumah hampir mengejutkan Qatar sebelum tewas tipis 6-5.

Sekiranya perlawanan itu dijadikan ukuran, Malaysia yang dibarisi pemain muda terbaik ketika mengharungi aksi kelayakan Piala Asia B-19 di Kemboja tahun lalu mampu memberikan saingan.

Takistan pula memiliki kekuatan tidak jauh beza dengan skuad negara.

Pada Piala Asia B-19 2018, kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi peringkat kumpulan yang berkesudahan seri 2-2.

Pada tahun sama, Tajikistan dibelasah 6-2 oleh Malaysia pada Piala Asia B-16 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Empat gol disumbangkan Luqman Hakim Shamsudin yang kini membarisi pasukan Malaysia B-19.

Bertemu Yaman mungkin menjadi perlawanan wajib menang untuk skuad kebangsaan.

Untuk rekod, skuad senior kebangsaan mempunyai kualiti lebih baik berbanding Yaman dan pernah menewaskan beberapa kali pasukan itu.

Tidak mustahil ia mampu diteruskan skuad junior dengan syarat pemain negara tidak memandang rendah lawan sekalipun pasukan berkenaan bukan nama besar dalam arena bola sepak.

Untuk rekod Kumpulan A menyaksikan pertembungan menarik membabitkan tuan rumah Uzbekistan, Iran, Indonesia dan Kemboja.

Kumpulan B dianggap paling maut apabila gergasi Asia Korea Selatan diundi bersama seteru utama Jepun termasuk Iraq dan Bahrain.

Iraq khususnya mempunyai kualiti sama hebat dengan Jepun dan Korea Selatan menjadikan aksi Kumpulan C paling menarik disaksikan.

Sementara itu di Kumpulan C, Australia diundi bersama Arab Saudi, Vietnam dan Loas.

Dengan prestasi meningkat naik Loas B-19 yang liat ditumbangkan, Kumpulan C bukan lagi laluan mudah buat Austaralia atau Arab Saudi.

Aksi kelayakan Piala Asia B-19 pada tahun lepas, Austaralia gagal meraih tiga mata bertemu Loas sebaliknya kedua-dua pasukan seri 2-2.

Vietnam B-19 tidak sekuat pasukan B-23 atau senior mereka, tetapi mewarisi corak permainan pantas yang mampu menghukum lawan.

Empat pasukan yang mara ke separuh akhir akan beraksi dalam kejohanan Piala Dunia B-20 yang bakal berlangsung di Indonesia dijadualkan tahun depan.

Rentas7.com/Foto: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.