Mayat wanita sarat mengandung ditemukan terapung

Mayat wanita berkenaan ditemukan terapung bersama bot karam

LANGKAWI– Mayat wanita sarat mengandung ditemukan terbelit pada tali sebuah bot karam tanpa nombor pendaftaran.

Mayat belum dikenal pasti identiti itu ditemukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu di kedudukan lebih kurang 0.1 batu nautika utara muara Kubang Badak semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi Abdulllah berkata, Bot Petir 81 dari Ibu Pejabat Maritim Kedah dan Perlis digerakkan ke lokasi sejurus menerima aduan awam menerusi Maritim Rescue Sub-center (MRSC) pada jam 9.00 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi anggotanya mayat wanita itu didapati terapung serta terbelit pada tali sauh.

Menurutnya, keadaan itu menyukarkan usaha membawa mayat ke atas bot Maritim.

“Bagaimanapun mayat berjaya diangkat seterusnya dibawa ke jeti APMM Bukit Kalut pada jam 11.40 pagi.

“Identiti mayat belum dikenal pasti dan mayat telah diperiksa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Langkawi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,”katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk menghubungi Pusat Operasi Maritim Langkawi di talian 04-9662750.

Rentas7.com/ Foto: APMM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.