Surat PM baru ke-9 disah palsu

Surat palsu

PUTRAJAYA – Keputusan menamakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Md Yassin tular di media sosial, hari ini.

Kenyataan media yang kononnya dikeluarkan oleh Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun telah disahkan palsu oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah mengesahkan kenyataan tersebut tidak benar menerusi Facebook rasminya.

Menerusi isi kandungan surat yang tular itu turut memetik nama Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri selain menyatakan pengumuman rasmi mengenainya telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.