Pemimpin Melayu PH bacul dengan DAP, rakyat perlu ambil iktibar

Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Pakatan Harapan (PH) digesa tidak mengheret rakyat ke dalam kancah politik kotor kerana ia bakal menggelapkan masa depan negara ini.

Pengerusi Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM), Datuk Mustaffa Idrus berkata, tindakan PH yang mahu menggulingkan kerajaan yang sah terutamanya ketika negara sedang berdepan COVID-19 amat dikesali.

“Mereka menggunakan alasan demi rakyat, mandat rakyat. Pemimpin-pemimpin PH yang berfikiran lemah itu cuba menipu dan mengheret rakyat menyokong agenda peribadi mereka.

“Merebut kuasa tanpa mahu menunggu PRU-15 jelas satu tindakan yang amat biadap sekaligus menggelapkan masa depan negara,”katanya hari ini.

Beliau berkata, PH ketika 22 bulan memerintah gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan tiada sebab gabungan itu perlu diberikan kepercayaan lagi.

“Pemimpin Melayu dalam PH hanyalah kuda DAP. Sekiranya mereka kembali berkuasa, DAP akan melakukan perkara sama seperti mana sebelum ini atau mungkin lebih teruk.

“Kita dapat lihat bagaimana ketika PH berkuasa, mereka menggurangkan penjawat awam yang ramai daripadanya orang Melayu,”katanya.

Tetapi katanya, DAP dalam masa sama menyediakan peruntukan lumayan kepada kolej dan sekolah persendirian Cina.

“Selama 22 bulan juga rakyat dapat menilai begaimana DAP membantah tulisan Jawi secara terbuka termasuk pelbagai isu besar lain.

“Tetapi di mana pemimpin Melayu terutamanya daripada parti Amanah ketika itu?,”katanya.

Mustaffa berkata, pemimpin Melayu PH yang hanya kunci mulut dengan sikap DAP perlu diambil sebagai pengajaran oleh generasi muda.

“Usah jadi bacul seperti pemimpin PH terutamanya daripada Amanah, diam ketika ada kuasa dan menyalak ketika hilang kuasa. Pemimpin begini tidak layak untuk mentadbir negara.

“Generasi muda perlu mengambil iktibar di atas “kebaculan” pemimpin Melayu PH sewaktu memerintah bersama DAP. Sikap pengecut mereka membuatkan DAP mudah membuat itu dan ini,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.