“MB saja tukar, kerajaan tetap PN”- UMNO

KUALA LUMPUR– UMNO memberikan bayangan kerajaan negeri Perak yang baru tidak akan melibatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Setiausa Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mestilah dikekalkan.

“Semua barisan EXCO kerajaan negeri mestilah diteruskan. UMNO juga berpendirian bahawa PPBM dan PAS harus bersama mendokong kerajaan PN Negeri Perak,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Undi Percaya pada hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status kerajaan negeri.

Artikel berkaitan:

http://rentas7.com/pas-kekal-setiakawan-tolak-pembentukan-kerajaan-perak-baru/

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.