APMM rampas 500 rokok seludup

Anggota APMM menunjukkan rokok seludup yang dirampas

SEMPORNA -Kira-kira 500 karton rokok pelbagai jenama yang cuba diseludup ke daerah ini berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 27 Mei lalu.

Pengarah Zon maritim Semporna, Komader Maritim, Norrimi Hassan berkata, bot yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan tersebut ditahan hasil risikan pihaknya.

“Sepasukan anggota dari Bot Banggi 11 yang sedang menjalankan rutin rondaan telah diarahkan untuk melakukan pemantauan.

“Hasil dari pemantauan, bot peronda telah mengesan sebuah bot bergerak dalam keadaan mencurigakan berhampiran perairan Kampung Selamat,”katanya.

Beliau berkata, pemandu bot yang menyedari kehadiran bot peronda Maritim bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke kawasan perkampungan atas air berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot menemukan beberapa bungkusan kotak yang berisi muatan rokok pelbagai jenama. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai hampir RM 94,980. 00,”katanya.

Rentas7.com/Foto: APMM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.