Hantar Rohingya dan Pati, Malaysia mohon bantuan Bangladesh

Ismail menerima kunjungan hormat daripada Md Sahidul Islam hari ini

KUALA LUMPUR-Pelarian Rohingya termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dihantar pulang melalui bantuan Bangladesh.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama erat daripada Bangladesh amat diharapkan.

“Kita juga menitipkan harapan dan komited yang berterusan dari kerajaan Bangladesh, untuk terus berganding bahu menangani pelarian Rohingya secara bersama termasuk penghantaran balik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Bangladesh,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kedua-dua negara juga akan memperkukuhkan lagi benteng pertahanan demi kepentingan rakyat kedua negara terutamanya ketika mendepani cabaran pandemik COVID-19.

“Semoga hubungan diplomasi pertahanan dua hala antara Malaysia – Bangladesh akan terus diperkukuhkan dengan pelbagai idea yang diilhamkan,”katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri menerima kunjungan hormat daripada TYT Md Sahidul Islam, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia hari ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.