Riadah di Pantai Penarik sebelum Ramadan

KUALA TERENGGANU – Cuti hujung minggu pada Jumaat terakhir sebelum masuk Ramadan digunakan masyarakat di sini untuk pelbagai aktiviti.

Antaranya peluang cuti digunakan membawa keluarga beriadah dan mengambil angin petang di Pantai Penarik. (Gambar)

Sambil menyaksikan keindahan lautan biru, kebanyakan pengunjung yang hadir menggunakan peluang menjamu selera bersama ahli keluarga di tepi pantai.

Selain itu, ibu bapa turut mengawasi anak-anak mereka bermain ombak.

Pantai Penarik ialah salah satu pusat pelancongan terkemuka di Terengganu.

Namun, ia tidak boleh untuk bermandi- manda kerana faktor permukaan pantai yang cerun.

Bagi anda yang berkunjung ke sini, pelbagai jenis masakan dan makanan laut menanti dan antara yang popular pastinya sotong, udang dan ikan celup tepung.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.