Sabah tetap milik Malaysia

KUALA LUMPUR-Wisma Putra akan memanggil Duta Filipina, Charles C. Jose pada Isnin ini susulan kenyataan kontroversi pemimpin negara itu terhadap Sabah.

Setiausaha Luar Negeri Filipina, Teodoro Locsin Jr dalam hantaran Twitter baru-baru ini mengatakan Sabah bukan sebahagian Malaysia.

Kenyataan itu disifatkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai tidak bertanggungjawab.

“Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan hubungan dua hala. Wisma Putra akan panggil Duta Filipina untuk jelaskan perkara ini pada Isnin,”katanya.

Tegas beliau, Sabah tetap sebahagian daripada Malaysia sampai bila-bila.

Kenyataan wakil kerajaan Filipina itu mengundang perasaan kurang selesa rakyat negara ini.

Netizen Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya angan-angan Teodoro Locsin itu sambil menuntut pihak kerajaan menambah dan memperkuatkan aset ketenteraan di negara ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.