Pemimpin polis Siam dibedil di kepala

Kawasan serangan anggota terbabit

Oleh Fatimoh Ja’ae

 

PATANI -Forensik awal menganggarkan jarak tembakan sekitar 140 hingga 160 meter, menunjukkan tahap ketepatan dan perancangan yang tinggi oleh penyerang. Sarjan Mejar Sangwian Koupt, 48, pemimpin Battalion Rondaan Sempadan K-43, maut selepas diserang hendap di Pos Pemeriksaan Sepohon Jrai, kawasan Bandar Saring Badang Magang, Wilayah Yala pada 22 Disember lalu.

Menurut pihak berkuasa, tembakan pada jarak tersebut bukan tembakan rambang, sebaliknya memerlukan kemahiran profesional termasuk kawalan pernafasan, penilaian jarak, faktor angin dan sudut tembakan yang tepat.

Keupayaan mengenai sasaran dari jarak sedemikian menunjukkan penyerang dipercayai mempunyai latihan ketenteraan atau separa ketenteraan, selain melakukan tinjauan awal dan memilih lokasi strategik bagi melancarkan serangan serta meloloskan diri tanpa dikesan.

Dalam kejadian itu, mangsa maut dibedil tepat di kepala pada jam 9.30 malam di kawasan terbuka. Pihak berkuasa Thailand mengesahkan serangan terbabit.

Jarak serangan dilancarkan hasil siasatan pihak berkuasa Thailand

Insiden itu menambah kebimbangan pihak berkuasa Thailand terhadap tahap ancaman di tiga wilayah apabila serangan disasarkan kepada pegawai kanan pasukan keselamatan dengan kaedah yang terancang dan berprofil tinggi.

Pihak berkuasa kini memperketat kawalan keselamatan dan giat menjalankan siasatan bagi mengesan dalang serta rangkaian yang terlibat.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.