Malaysia bangkit, tewaskan UAE 3-2

Harapan untuk layak ke Piala Asia B-17 tahun depan semakin cerah

KUALA LUMPUR -Skuad bawah 16 tahun ( B-16) memberikan kelegaan kepada seluruh penyokong tanah air apabila menghadiahkan kemenangan 3-2 mengatasi Emeriah Arab Bersatu (UAE) bagi aksi kelayakan Piala Asia B-17 Kumpulan B di Stadium Pakansari Bogor Indonesia sebentar tadi.

Malaysia yang sebelum ini sekadar seri 1-1 dengan pasukan lemah Guam sehingga mengundang kritikan penyokong telah bangkit untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

Anak buah Osmero Omaro menjaringkan gol pertama pada masa tambahan separuh masa pertama menerusi Arami Wafiy.

Muhammad Anjasmirza menjadikan kedudukan selesa untuk gol kedua pada minit ke 51.

Enggan mengalah, UAE menekan skuad negara untuk gol pada minit ke-76 melalui jaringan Saeed Amer Mohammad sebelum Abdulaziz Mohamed Almarzooqi menyamakan kedudukan pada minit ke-34.

Ketika keputusan dilihat akan seri, Farish Danish memastikan skuad negara menamatkan saingan dengan tiga mata berharga setelah menyumbat gol kemenangan pada minit 93.

Malaysia telah mengumpul tujuh mata hasil tiga kemenangan dan akan menentang tuan rumah Indonesia pada 9 Oktober ini.

RENTAS7/ FOTO: FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.