Indonesia tarik diri Piala AFF B-23

Piala AFF B-23 kurang meriah tanpa kehadiran skuad Garuda Muda

KUALA LUMPUR-Indonesia menarik diri dari menyertai Piala AFF Bawah 23 tahun (B-23 )di Kemboja setelah tujuh pemainnya positif COVID-19.

Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) dalam satu kenyataan siang tadi.

Kenyataan berkata, pembatalan tersebut diusulkan jurulatih, Shin Tae-yon menerusi kiriman surat rasmi kepada PSSI dan ia telah dipersetujui.

Penarikan diri Garuda Muda menyaksikan Kumpulan B yang dianggotai Malaysia, Myanmar dan Loas hanya akan mengharungi dua perlawanan.

Kejohanan berlangsung dari 14 hingga 26 Februari ini.

RENTAS7/FOTO: PSSI

 

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.