JDT cipta sejarah untuk bola sepak negara

JDT satu-satunya kelab dari Malaysia layak ke pusingan kedua ACL setakat ini

KUALA LUMPUR– JDT mencipta sejarah buat bola sepak negara apabila mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam ini.

Kejayaan itu hasil kemenangan 2-1 JDT ke atas bekas juara ACL 2012 dan 2020, Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim.

Gol JDT diperolehi menerusi jaringan Leandro Velazquez pada minit kelima.

Jaringan tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama apabila rembatan kencang Jun Amano gagal merobek gawang tuan rumah untuk wakil kelab Korea Selatan itu mengikat kedudukan 1-1.

Serangan bertali arus JDT akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran Arif Aiman Hanapi kepada rakan sepasukan tertampan Park Yong-woo untuk gol kemenangan JDT pada empat minit masa tambahan selepas tamat 90 minit permainan.

Lebih manis, JDT dibawah kendalian Benjamin Mora merampas kembali kedudukan teratas Kumpulan 1 dengan 13 mata diikuti Kawaski Frontale yang mengumpul 11 mata.

RENTAS7/ FOTO: JOHOR Southern Tigers

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.