Malaysia “tibai” Brunei 11-0, Luqman sumbat empat gol

 

PHNOM PENH– Malaysia B-19 selesa memburu slot ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 apabila mudah membenam Brunei 11-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan G di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, Kemboja malam ini.

Malaysia yang turun tanpa tekanan menjaringkan 7-0 pada babak pertama sebelum menyumbat empat lagi gol pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan itu, penyerang sensasi negara Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan empat gol pada minit 21,22, 24 dan minit ke-41.

Aiman Afif muncul penjaring kedua terbanyak dengan mencipta hatrik pada minit 39,85 dan 90.

Azman Azmi turut menyumbang dua gol pada minit ke-31 dan minit ke-60.

Azrin Afiq membuka tirai jaringan pada minit ke-17 manakala Harith Haiqal dengan gol minit ke-59.

Kemenangan kedua itu diraih selepas Malaysia mengatasi tuan rumah Kemboja 5-4 sebelum ini.

Anak didik Brad Maloney yang kini meraih enam mata akan melengkapkan jadual menentang Kepulauan Mariana Utara dan Thailand.

Juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir AFC 2020.

Dalam satu lagi aksi Thailand menumpaskan Kepulauan Mariana Utara 21-0 untuk berada di tangga teratas diikuti Malaysia di kedudukan kedua.

Kedua-dua pasukan berkongsi enam mata namun Thailand mempunyai kelebihan jaringan.

Rentas7.com/ Foto FAM

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.