Ditangkap cuba seledup petrol

TAWAU– Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas cuba menyeludup minyak petrol dalam Op Landai malam tadi. (Gambar)

Pegawai Pemerintahan Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata, suspek yang disyaki melakukan aktiviti penyeludupan barang kawalan ditahan dan diperiksa di sebuah stesen minyak pada jam 8.20 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan surat dan permit kebenaran bagi membawa barang tersebut daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

 

“Beberapa liter minyak petrol telah di isi ke dalam lori tangki berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang ditahan dan telah dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan bersama dengan lori tangki tersebut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM62,050.00 .Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.