Selepas 100 hari pemerintahan tiada perubahan

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI– Ekonomi rakyat dan negara tiada perubahan selepas 100 hari pemerintahan Perdana Menteri ke-10.

Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, rakyat hanya dijanjikan kata-kata kosong dan manis daripada individu yang mereka anggap boleh membawa perubahan.

Misalnya janji hari ini kita menang esok minyak petrol turun. Inilah kata-kata janji popular disebut seorang pemimpin yang telah berkuasa.

“Tetapi hari ini setelah lebih 100 hari kita dapati ia hanyalah satu kata-kata,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kenaikan harga barang telah menghimpit golongan B-40 di bandar mahupun kampung.

“Masalah kenaikan ini tidak dapat diatasi tetapi terus menekan rakyat.

“Kita bimbang gejala jenayah semakin meningkat berikutan kos hidup yang menggila.

“Justeru, kerajaan digesa serius dan cepat menyelesaikan masalah ekonomi rakyat,”katanya.

Mustaffa berkata, Perdana Menteri dituntut meluluskan pengeluaran KWSP seperti mana dituntut rakyat dan bukannya menjadikan ia sebagai cagaran kepada bank.

“KWSP janganlah di gunakan sebagai sandaran kepada pihak bank ini akan menambah kesusahan dan hutang kepada rakyat.

“Bank akan bertambah kaya dengan mengambil keuntungan bunga rakyat yang akan bertambah susah,”katanya.

SUNGAI PETANI- Ekonomi rakyat dan negara tiada perubahan selama 100 hari pemerintahan Perdana Menteri ke-10.

Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Datuk Mustaffa Idrus berkata, rakyat hanya dijanjikan kata-kata kosong dan manis daripada individu yang mereka anggap boleh membawa perubahan.

“Misalnya janji hari ini kita menang esok minyak petrol turun. Inilah kata-kata janji popular disebut seorang pemimpin yang telah berkuasa.

“Tetapi hari ini setelah lebih 100 hari kita dapati ia hanyalah satu kata-kata penipu,”katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kenaikan harga barang telah menghimpit golongan B-40 di bandar mahupun kampung.

“Masalah kenaikan ini tidak dapat diatasi tetapi terus menekan rakyat.

“Kita bimbang gejala jenayah semakin meningkat berikutan kos hidup yang menggila.

“Justeru, kerajaan digesa serius dan cepat menyelesaikan masalah ekonomi rakyat,”katanya.

Mustaffa berkata, Perdana Menteri dituntut meluluskan pengeluaran KWSP seperti mana dituntut rakyat dan bukannya menjadikan ia sebagai cagaran kepada bank.

“KWSP janganlah di gunakan sebagai sandaran kepada pehak bank ini akan menambah kesusahan dan hutang kepada rakyat.

“Bank akan bertambah kaya dengan mengambil keuntungan bunga rakyat yang akan bertambah susah,”katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sebelum ini dilaporkan media iaitu kaedah pinjaman boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum terdesak untuk menerima pinjaman daripada bank.

Tamat

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.