Perak di tangga kedua, Kedah tiga tercorot

IPOH– Perak mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan saingan CIMB Liga Super apabila menewaskan PJ City 2-0 di Stadium Ipoh, malam ini.

Ia perlawanan pertama Perak di gelanggang sendiri musim ini.

Gol kemenangan pasukan Perak dijaringkan Shahrul Saad minit ke-23 dan pemain Thierry Chantha Bin minit ke-63.

Aksi lain menyaksikan Kedah sekadar seri 1-1 menentang UITM, Felda United menang 3-2 ke atas Melaka United, dan Terengganu seri 3-3 bertemu Selangor.

Setakat tiga perlawanan, JDT memacu liga dengan 9 mata, diikuti Perak dengan 7 mata dan ketiga Melaka United, 6 mata.

Tiga tangga tercorot (10-12 pasukan) pula dihuni Kedah, UITM dan PDRM berbekalkan satu mata.

Rentas7.com/ Foto Perak tbgmy

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.