Lelaki tempatan subahat warga Indonesia curi motosikal

Dua lelaki tersebut berjaya ditahan polis

LANGKAWI– Dua lelaki terbabit dalam kes curi motosikal jenis Yamaha 125Z di Kampung Ketapang Kedawang di sini ditahan polis.

Ketua Polis daerah Langkawi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dua lelaki warga tempatan termasuk warga Indonesia itu ditahan pada 14 September lalu.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima laporan pada jam 10 pagi sebelum berjaya mengesan mereka pada jam 7.30 malam hari yang sama.

“Bertindak daripada maklumat orang awam sepasukan Polis Langkawi telah berjaya mengesan dan menangkap dua orang suspek . Suspek warga tempatan berusia 33 tahun.

“Kedua-dua lelaki tersebut pada ketika itu sedang meleraikan komponen utama motosikal yang dicuri di sebuah rumah di Kampung Padang Lalang Langkawi,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan dapati salah seorang saspek turut mempunyai rekod kesalahan curi motosikal dan penagih dadah.

Kedua-dua saspek ditangkap di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (Curi Motosikal) dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.