Lelaki Filipina ditahan bersama 2,500 bungkus rokok tidak bercukai

Polis menunjukkan rokok berjenama tidak bercukai yang dirampas

LAHAD DATU– Lelaki Filipina berusia 47 tahun ditahan Pasukan Polis Marin (PPN) bersama 2,500 bungkus rokok berjenama tidak bercukai kelmarin.

Pegawai Polis Marin Wilayah 4 Lahad Datu Sabah, Superintenden Gan Ping Sing berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan PPN Lahad Datu telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bakau Baru, Jalan Silam pada jam 11.30 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas sebuah rumah pihaknya menemui 2,500 yang disimpan dalam stor di belakang rumah tidak bernombor tersebut.

” Anggaran jumlah rampasan rokok dianggarkan berjumlah RM 36,300.00 selepas cukai.

“Barang-barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh hubungi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘0132831197 ‘ atau berhubung ke Gerakan PPM Lahad Datu di talian ‘0139808084’

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.