Kena 6-2, apa nak dikata?

Impian Malaysia layak secara merit tertutup selepas kecundang 6-2

KUALA LUMPUR – Apa nak di kata? bukan sahaja tidak layak ke Piala Asia B-20 tetapi skuad bawah-19 tahun (B-19) menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan E selepas dibelasah 6-2 oleh Korea Selatan di Stadium MFF Ulaanbaatar Mongolia siang tadi.

Gawang skuad negara bocor pada minit ke -34 hasil jaringan Lee Youngjun untuk kedudukan 1-0 di separuh masa pertama.

Malaysia bolos lagi setelah Bae Junho menjaringkan gol minit ke-50 .

Skuad negara yang bermain dengan corak melawan merapatkan jurang gol pada minit ke- 55 hasil jaringan Adam Farhan Faizal minit ke-55.

Korea Selatan menambah derita skuad negara menerusi empat lagi gol pada minit ke-57 oleh Lee Seungwon, Lee Youngjun minit me-74.

Youngjun melengkapkan hatrik minit ke-81 sebelum Seungwon menambah gol kedua peribadi hasil sepakan penalti pada minit ke-88.

Gol sagu hati Malaysia kedua diperolehkan menerusi jaringan Aliff Izwan Yuslan minit ke-68.

Pada perlawanan itu Ubaidillah Shamsul dilayangkan kad merah pada minit ke-67 selepas mengutip kad kuning kedua.

Bertambah malang apabila Mongolia membelasah Sri Lanka 6-0 pada satu lagi perlawanan sekali gus menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan.

Mongolia dan Malaysia berkongsi empat mata tetapi tuan rumah mempunyai kelebihan jaringan.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.