MOSTI pupuk penyelesaian impak sosial dalam perkukuh pertumbuhan negara MRANTI Impact Challenge Accelerator (MICA)

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kelmarin melancarkan MRANTI Impact Challenge Accelerator (MICA) sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh pertumbuhan sosio-ekonomi negara.

MICA disusun sebagai sebuah program yang akan dikendalikan selama 12 bulan
bermula September 2022 bertujuan untuk menghasilkan solusi inovatif dalam menangani beberapa isu sosial dan alam sekitar yang utama di Malaysia.

Program MICA adalah hasil jalinan kolaborasi antara Malaysian Research
Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) iaitu agensi di bawah MOSTI, United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF) dan Proficeo yang mewakili sebuah kerjasama awam dan swasta.

Program ini menyediakan dana, sokongan dan perkhidmatan berjumlah RM1.192 juta untuk syarikat pemula teknologi dan para inovator yang membentuk penyelesaian berfokuskan tiga (3) tema iaitu dalam bidang perubahan iklim, pengurusan risiko
bencana dan malnutrisi yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Sustainable Development Goals- SDG).

Menurut YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, pelbagai isu dan cabaran perlu ditangani
untuk memastikan perkembangan kanak-kanak di masa hadapan termasuklah kesan perubahan iklim dan akses kepada pemakanan yang sihat.

“Impak daripada program MICA ini akan dapat memberi manfaat buat generasi peratus daripada populasi di Malaysia.

“Golongan ini wajar dilindungi kerana
merekalah yang bakal mewarisi legasi negara,” katanya.

Tambah beliau, kerjasama antara MRANTI bersama UNICEF adalah penting untuk menjayakan MICA

” Saya berharap program ini dapat mencari jalan penyelesaian yang
mampan untuk menangani isu-isu kritikal, di samping merancakkan budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam kalangan Keluarga Malaysia.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Wakil UNICEF di Malaysia, Christopher Davids menjelaskan, kanak-kanak dan golongan muda yang menyumbang paling sedikit kepada perubahan iklim, terpaksa menanggung akibatnya.

Dengan itu, UNICEF menyahut
seruan ini untuk menginkubasi dan merintis idea inovatif bagi menghadapi cabaran pada masa kini.

Sedang Malaysia terus rancak dengan agenda pemulihan ekonomi,
golongan kanak-kanak juga tidak akan dilupakan,”katanya.

Salah satu jalan penyelesaian untuk menangani malapetaka perubahan iklim adalah dengan melengkapkan kanak-kanak dan golongan belia dengan pengetahuan dan kemahiran yang wajar supaya mereka dapat mengatasi risiko perubahan iklim dengan
sebaiknya.

Dari segi pengurusan risiko bencana, Malaysia memerlukan satu penyelesaian
teknologi yang boleh menjangka risiko bencana yang akan berlaku.

Penyelesaian tersebut seterusnya boleh dijadikan mekanisme amaran awal bencana, sama ada bencana yang terjadi secara semula jadi atau akibat perbuatan manusia.

Untuk menangani kes malnutrisi yang semakin meningkat pula, adalah digalakkan untuk mencari penyelesaian inovatif yang merangkumi aspek pendidikan, komunikasi serta akses kepada sumber pemakanan yang sihat kepada golongan sasaran iaitu ibu
dan bayi.

Di samping itu, ia akan membangunkan potensi penyelesaian inovatif yang relevan, praktikal dan berkesan untuk menangani cabaran sosio-ekonomi masyarakat dan alam sekitar melalui proses bimbingan, inkubasi, pembiayaan dan sebagainya dengan
kerjasama pelbagai pihak.

MOSTI baru-baru ini telah menggariskan Pelan Hala Tuju Teknologi Negara bagi
tempoh 2021 hingga 2030 yang bertujuan untuk membangunkan ekosistem, inovasi dan keupayaan pengkomersialan produk teknologi tempatan, sekali gus
mengurangkan kebergantungan pada teknologi luar dan buruh asing.

Oleh itu, MICA bertujuan untuk memperkukuh kapasiti syarikat tempatan untuk lebih berdaya saing dalam menghasilkan penyelesaian inovatif berimpak tinggi yang bukan
sahaja dapat menembusi pasaran di Malaysia, malah di peringkat ASEAN dan global.

Dalam pada itu, MICA juga telah menyarankan bahawa penyelesaian yang dicari tidak semestinya bersifat digital, selagi alat dan medium yang digunakan adalah inovatif serta menarik segmen sasaran.

Program MICA akan dilaksanakan dalam tiga (3) fasa di mana para peserta akan
mempunyai akses kepada bimbingan dan latihan perniagaan, penyelesaian berimpak dan penambahan nilai.

Sokongan pasca pemangkin akan diberi dalam bentuk pembangunan kapasiti, akses pasaran dan peluang rangkaian.
Perusahan sosial, para innovator dan syarikat pemula boleh mendapatkan maklumat lanjut di: http://www.mranti.my/mica atau emel: socialimpact@mymagic.my

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.