Gemar minum teh ais di usia muda

BALING-Seorang lelaki hilang kedua-dua bahagian kaki akibat gemar meminum teh ais di usia muda.

Abd Razak Awang Kecil (gambar), 64, dari Kampung Banggol, berkata, dia kehilangan kedua-dua bahagian kaki dari atas bahagian lututnya yang terpaksa dipotong akibat kencing manis.

“Saya disahkan menghidap kencing manis pada usia 26 tahun tapi keadaanya kronik kira-kira lapan tahun lalu menyebabkan kedua kaki terpaksa dipotong.

“Sewaktu muda memang suka minum teh ais. Pagi, petang dan malam suka sangat minum teh ais terutama ketika bekerja,” katanya yang mempunyai seorang anak.

Menurutnya, pada usia muda dia melakukan pelbagai pekerjaan antaranya sebagai tukang rumah dan berniaga roti canai dan murtabak.

“Sekarang saya dah tak mampu bekerja, jadi anak lah yang uruskan saya . Dia bekerja sebagai penjual buah di pekan Kupang,” katanya.

Abd Razak merupakan penerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.