“Kami vateran ATM sedia turun” Mejar (B) Mansor Zakaria

Mansor Zakaria

KUALA-KETIL– Vateran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia dipanggil bagi membantu pihak berkuasa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mejar (B) Mansor Zakaria (gambar) berkata, vateran ATM amnya menyokong penuh dasar kerajaan melaksanakan PKP bagi memutuskan rangkaian COVID-19.

Menurutnya, jika keadaan berterusan dan tidak dapat dikawal kerana kekurangan penguatkuasa dan sebagainya, vateran tentera sedia dikerah untuk membantu.

Bekas-bekas tentera dengan rela hati sedia digerakkan bagi membantu semua polis, penguatkuasa tempatan atau pihak kesihatan untuk menambah keberkesanan terhadap penguatkuasaan ini.

“Insha, ALLAH kita hanya menunggu arahan, jika ada Insha ALLAH kita akan turun,”katanya kepada Rentas7.com malam ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, khidmat tentera akan mula digerakkan mulai Ahad ini bagi membantu polis memantau PKP.

Hari ini, seorang pesakit dijangkiti wabak COVID-19 disahkan meninggal dunia menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada tiga kes di negara ini.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.