Malaysia catat tiga kes kematian COVID-19

KUALA LUMPUR– Angka korban membabitkan COVID-19 di negara ini meningkat kepada tiga kes, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah berkata, kes ke-152 itu merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Menurutnya, pesakit telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.

“Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama,”katanya dalam satu kenyataan di Facebook, malam ini.

Katanya, kesihatan pesakit merosot hari demi hari sebelum disahkan meninggal dunia.

“Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.,”katanya.

‎Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.