Jalan kaki dari KL ke Johor cari kerja..

UEL berbual dengan lelaki berkenaan

KUALA LUMPUR– Seorang lelaki sanggup berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru demi mencari pekerjaan.

Kisah lelaki itu dikongsi pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew (UEL) selepas beliau terserempak dengan lelaki itu di Lebuh Raya Utara-Selatan.

“Jalan kaki dari Kuala Lumpur balik Johor Bahru tiada duit langsung. Kutip-kutip jer makan.

“Petang tadi saya ada nampak masa nak ke Melaka seberang sana. Balik malam ni rezeki bertemu masih sedang berjalan tepi ‘highway’,”tulisnya di Facebook malam ini.

UEl berkata, beliau tidak berjaya memujuk lelaki itu supaya dihantar dengan kenderaan.

“Bila saya berhenti dia kenal saya. Saya pujuknya nak naik kereta atau bas tapi dia tak nak. Saya juga ‘offer’ kerja di Kuala Lumpur.

“Tapi katanya hatinya tawar dan dia dah nekad nak jalan kaki juga. Dia tak nak susahkan sesiapa pun.

“Tak nak susahkan ustaz. Baru ni kerja kontrak sekejap di Kuala Lumpur. Asal Penang. Pernah jalan kaki dari Penang ke Johor,”katanya.

Kerana gagal memujuk, UEL berkata, beliau memberikan sedikit wang belanja kepada lelaki itu.

“Saya beri sedikit duit belanja. Sebab tak berjaya pujuk nak hantar beliau. Katanya lagi dua hari saya ada di Johor.

” Jika ada rezeki ustaz kita berjumpa disana. Dia nak cari kerja disana. Ujian hidup kita semua berbeza.

“Walau apa sebenar ujian hidup abang. Dan apa yang abang lalui. Saya doakan Allah permudahkan semuanya. Ada rezeki kita bertemu di Johor,”katanya.

Rentas7.com/Foto: UEL

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.