JDT dipaksa hempas pulas

Pemain JDT diapit dua pemain Pulau-Pinang FC dalam pertemuan sengit malam ini

JOHOR BAHRU-JDT terpaksa berhempas pulas sebelum menang tipis ke atas Pulau-Pinang FC 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi pembukaan Liga Super 2022 malam ini.

Juara bertahan itu hanya memperoleh gol menerusi Bergson da Silva minit ke-70.

Dalam tiga lagi aksi lain Sabah FC tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan FC, Sarawak United FC kalah 1-0 kepada Kedah dan Kuala Lumpur City FC seri 3-3 menentang Selangor FC.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.