KUALA LUMPUR -Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan bahawa sesiapa sahaja boleh diberikan kerakyatan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menurut kuasa dan budi bicara yang dimiliki oleh jabatan itu.
Beliau ketika diasak oleh wartawan berkaitan susur galur tujuh pemain warisan, dengan tenang menyebut bahawa kuasa memberikan kerakyatan tertakluk kepada Akta 299 Seksyen 10A — Peruntukan Khas Mengenai Pendaftaran Kelahiran.
“Peruntukan bahagian ini menyatakan Pendaftar Besar boleh, jika dia berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan kepadanya bahawa suatu kelahiran telah berlaku, menyebabkan kelahiran itu didaftarkan dengan memasukkan ke dalam suatu daftar butiran mengenai kelahiran itu.
“Kuasa budi bicara dari JPN, kalau dia rasa bukti itu cukup, dia boleh memberi kerakyatan, sama seperti mana dia boleh memberikan kerakyatan pada awak, saya, dan siapa-siapa yang ada dalam bilik ini,” katanya dalam sidang media siang tadi.
Di sebalik isu melanda bola sepak tanah air, TMJ juga menyatakan beliau terbuka untuk dipersalahkan oleh penyokong sekiranya itu membolehkan penyokong tidur malam.
RENTAS7








Leave a Reply