Indonesia ‘bantai’ Malaysia 4-1

Skuad negara gagal menyaingi kehebatan Indonesia malam ini

KUALA LUMPUR-Harapan Malaysia ke separuh akhir Piala Suzuki 2020 bukan sahaja berkecai malah tewas memalukan 4-1 di Stadium Nasional Singapura malam ini.

Malaysia yang wajib mencatatkan keputusan menang membuka jaringan pada minit ke-13 melalui jaringan Kogileswaran Raj.

Kegembiraan Malaysia bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Irfan Jaya meledak minit ke-36 dan minit ke-43.

Pratama Arhan dan Elkan Baggot menambah derita Malaysia apabila masing-masing mencetak gol minit ke-50 dan minit ke-82.

Indonesia layak selaku juara Kumpulan B dengan kelebihan jaringan mengatasi Vietnam yang turut layak.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.