Hidup dalam rumah retak, reput dan bocor

Perkeba dan Sahabat Anak Baling meninjau keadaan rumah keluarga tersebut

BALING– Sebuah keluarga hidup dalam rumah retak, bocor dan reput di Kampung Ulu Legong.

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Penduduk Daerah Baling (Perkeba), Mohd Nazry Bidin berkata, rumah dihuni tiga beranak itu turut dimasuki air banjir dari bukit setiap kali hujan lebat.

“Perkeba bersama pertubuhan bukan kerajaaan (NGO), Sahabat Anak Baling telah meninjau keadaan keluarga ini.

“Rumah mereka didapati memerlukan baik pulih. Kita bersama Sahabat Anak Baling akan berusaha membantu keluarga ini menerusi agensi kerajaan berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mahu membantu keluarga ini juga boleh menghubunginya di talian 013-4496949.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.