Malaysia-Australia jalin kerjasama ekonomi, pertanian dan bidang baru

Sidang video antara pemimpin kedua-dua negara petang tadi

KUALA LUMPUR-Inisiatif Rakan Kerjasama Strategik Komprenhensif (CSP) antara Australia-Malaysia mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, CSP memberi peluang kepada Malaysia dan Australia menjalinkan kolaborasi dalam pelbagai bidang baru.

“Antara lain, ekonomi digital; pertanian dan sekuriti makanan, pengurusan bencana dan kesihatan awam, kesihatan mental, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI); alam sekitar; dan pemerkasaan belia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inisiatif dirasmikan Perdana Menteri , Tan Sri Mujahidin Yassin dan rakan sejawatnya Scott Morrison
semasa Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia secara persidangan video petang tadi.

Hishammuddin turut bersama dalam sidang video berkenaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.