Harimau Malaya Lena, Skuad Serantau Lain Makin Menyerlah

KUALA LUMPUR -Boleh dikatakan semua pasukan ASEAN, kecuali Malaysia, mengambil kesempatan mengasah taring menerusi perlawanan persahabatan Tier A dalam kalendar FIFA.

Sebaliknya, skuad kebangsaan yang terpalit dengan kontroversi dan skandal tujuh pemain warisan palsu hanya berdiam diri seribu bahasa.

Skuad kebangsaan sekadar mampu menyaksikan pasukan-pasukan serantau meningkatkan kualiti permainan di atas padang, termasuk mencatatkan kemenangan yang membanggakan.

Kemboja, pasukan yang paling konsisten menunjukkan peningkatan daripada status pasukan belasahan, mengejutkan Asia apabila menewaskan Hong Kong 2-0 pada malam tadi (9 Jun).

Filipina pula mengejutkan Myanmar dengan kemenangan besar 5-1, sedangkan Myanmar merupakan antara pasukan yang liat dan sukar ditewaskan di ASEAN.

Thailand berjaya mengikat China 0-0, manakala Indonesia terus melebarkan jurang ranking dengan Malaysia selepas mencatat kemenangan 1-0 di laman sendiri ke atas Mozambique.

Sepanjang tempoh 31 Mei hingga 6 Jun, pasukan-pasukan serantau turut mengharungi aksi masing-masing dengan Singapura mengamuk membelasah Guam 4-0, manakala Filipina mengamuk ke atas Guam 5-1.

Aksi diteruskan dengan kemenangan Kemboja ke atas Bhutan 4-0, Singapura tewas tipis 1-2 kepada China, Thailand seri 2-2 dengan Kuwait dan Indonesia unggul 3-0 ke atas Oman.

Brunei Dan Timor Leste pula sibuk dengan dua aksi kelayakan ASEAN Chimponship- Hyundai Cup 2026 yg menyaksikan Timor Leste lolos ke pusingan akhir.

Berbaki beberapa minggu sebelum Julai, FAM yang kantoi dengan FIFA dan AFC berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan dilihat semakin sukar mendapatkan lawan bagi aksi antarabangsa.

Kontroversi yang melanda bukan sahaja melibatkan FAM, malah dikatakan turut membabitkan kerajaan Malaysia dalam isu pemberian kad pengenalan kepada tujuh pemain tersebut, sekali gus menimbulkan ketidakpercayaan pasukan lain untuk berdepan Malaysia.

Skuad serantau terus mengukuh, Malaysia pula terus malang akibat revolusi sambil lewa yang mengecawakan seluruh penyokong Harimau Malaya dan rakyat negara ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.