KUALA LUMPUR- Gara-gara kempen Buy Muslim First (BMF), produk usahawan muslim iaitu Sardin Viral mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.
Disebabkan itu, Sardin Viral terpaksa memohon maaf kepada para pelanggannya jika terdapat kelawatan bekalan stok.
Sardin Viral juga mengakui produk berkenaan mendapat permintaan tinggi kerana kempen BMF.
“Walaupun produk telah ditingkatkan, permintaan tinggi secara mendadak dalam masa yang singkat menyukarkan pihak kami untuk memenuhi permintaan dalam kadar segera,”katanya dalam satu notis.
Menurut notis itu lagi, Sardin Viral sedang berusaha sebaik mungkin supaya tidak mengecewakan pelanggan.
Rentas7.com
5