Zionis potong eletrik, tiga kanak-kanak Palestin maut

Tiga kanak-kanak Palestin yang maut dalam kejadian itu

KUALA LUMPUR-Angkara rejim Zionis, tiga kanak-kanak Palestin maut rentung selepas rumah mereka hangus dijilat api.

Kejadian berlaku selepas lilin dipasang ayah mereka terjatuh sehingga membakar rumah.

Menurut kenyataan Aqsa Syarif hari ini, tindakan Zionis yang mengenakan sekatan elektrik terhadap rumah berkenaan memaksa ayah kepada kanak-kanak berkenaan memasang lilin.

Justeru itu, Aqsa Syarif menyeru orang ramai untuk tampil menderma bagi membantu meringankan beban saudara-saudara Islam di Palestin.

Aqsa Syarif akan menyalurkan bantuan dalam bentuk kit kesihatan dan pek makanan.

Mereka yang ingin salurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui: https://mycare.qrd.by/palestincovid

Si ayah dan penduduk lain gagal menyelamatkan kesemua mangsa

Tindakan kejam Zionis Israel ke atas rakyat Palestin telah meragut banyak nyawa tidak berdosa baik lelaki, wanita, warga emas atau kanak-kanak.

Terbaru, Zionis Israel menjalinkan hubungan diplomatik rasmi dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kesudian UAE menerima Zionis Israel sebagai “rakan” itu merupakan pengkhianatan kepada umat Islam terutamanya terhadap penduduk Palestin.

Rentas7.com/Foto: Reuters

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.