Dapat talefon bimbit baru daripada Ketua Polis

Ezanee turun padang bertemu adik Nor Faizal

KUALA LUMPUR– Baru berusia 14 tahun, tetapi sudah pandai berdikari mencari wang saku tambahan dengan menjual burger.

Malangnya, adik Mohd Nor Faizal Nordin apabila menjadi mangsa kecurian dalam kejadian jam satu pagi semalam ketika meninggalkan gerainya untuk ke tandas.

Antara barang-barang yang dicuri ialah talefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.

Kejadian itu bagaimanapun menarik perhatian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal untuk turun padang bertemu Mohd Nor Faizal di gerainya.

Memetik halaman FB Polis daerah Petaling Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melalui Nik Ezanee telah menyumbangkan sebuah talefon bimbit baru kepada remaja itu.

“Atas dasar prihatin, IPD Petaling Jaya telah menyumbangkan sebuah telefon bimbit bagi memberi semangat kepada remaja yang berumur 14 tahun ini agar terus cekal dalam menghadapi cabaran di dalam kehidupan,” kata kenyataan itu.

Keprihatinan ACP Nik Ezanee membantu remaja berkenaan mendapat pujian warganet.

Netizen turut kagum dengan sikap rajin pelajar berkenaan dalam mencari rezeki.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.