Kerajaan patut haramkan konsert maksiat

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI -Kerajaan sepatutnya berkeras dan bukannya sewenang-wenang membenarkan penganjuran sebarang konsert terutamanya yang menjurus kepada maksiat.

Pendokong Parti Warisan Malaysia, Datuk Mustaffa Idrus berkata, beliau sedih apabila konsert Billie Eilish dilanjurkan pada 18 Ogos lalu.

Menurutnya, konsert itu terang-terangnya bercampur maksiat apabila lelaki dan perempuan dihimpunkan sekali dalam suasana kelab malam.

“Di mana ketegasan kerajaan dalam isu ini? Bagaimana konsert seumpama itu boleh diluluskan?

“Kerajaan mempunyai kuasa. Sepatutnya konsert seperti ini diharamkan terus. Penganjuran konsert berkenaan amat malang bagi sebuah negara bernama Malaysia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila konsert itu turut disertai umat Islam sekaligus memberikan gambaran kerosakan belia yang amat membimbangkan.

Beliau turut menyoal peranan semua menteri yang sewajarnya menjadi benteng pertama untuk tidak meluluskan konsert berkenaan.

“Saya sebagai pendukong Parti Warisan berharap rakyat menilai semua kerajaan yang pernah memerintah, sama ada hari ini dan sebelumnya.

“PH, PN ,BN langsung tidak ada intergriti masing- masing.

“Kebanyakan pemimpin mereka seolah-olah hanya mementingkan diri sendiri, kuasa dan kedudukan sahaja.

“Mereka seperti tidak memikirkan sensitifnya rakyat, agama dan sebagainya,”katanya.

Sementara itu, Mustaffa berkata, Menteri Agama dituntut lebih agresif dan tegas dalam membawa suara umat Islam di negara ini.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.